Assalammualaikum.....
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 yang akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 16 - 23 julai 2011. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa adalah sebuah program majlis tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun di Malaysia.
Serba sedikit sejarah berkaitan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan pengasas Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun 1961. Kali pertama diadakan ialah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaysia dengan 13 orang peserta mengambil bahagian.Dahulunya dikenali sebagai Majlis Musabaqah Al Quran Peringkat Antarabangsa. Pada tahun 1985 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa itu telah diubah lokasinya ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 akan berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur pada bulan ini dan akan disiarkan di Astro Oasis.
Malaysia sekali lagi mengangkat tinggi kedudukan Al-Quran sebagai medium penyatuan umat Islam global melalui penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) kali ke-53 bermula Sabtu ini.
Acara penting kalendar dunia Islam ini akan berlangsung dari 16 hingga 23 Julai dan sekali lagi alunan merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran akan berkumandang di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Peserta yang mewakili Malaysia adalah dari pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2011 yang baru sahaja berlansung.
Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mengesahkan seramai 81 Qari dan Qariah terbaik dari 50 buah negara akan memperdengarkan bacaan mengikut gaya tersendiri dalam pertandingan itu. Menurutnya, penganjuran bagi kali ke 53 ini adalah hasil kerjasama erat semua pihak yang terlibat dan penambahbaikan daripada pengalaman dan situasi daripada majlis tilawah tahun sebelumnya.
“Tahun ini, nilai hadiah dan saguhati kepada para pemenang dan peserta telah ditingkatkan sesuai dengan nilai yang dibawa oleh majlis berprestij ini, dengan johan tahun ini bakal membawa pulang RM32,200 berbanding hanya RM12,800 tahun lepas,” ujarnya. Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing akan membawa pulang RM22,400 dan RM13,600 manakala semua Qari dan Qariah yang lain akan menerima saguhati penyertaan bernilai RM4,800.
Pameran Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2011
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53
Pameran Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2011
Pameran Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2011
semoga tilawah al-quran nie dpt dilksanakan dengan jayanya.. indah sunggh alunan bacaan al-quran jika dihayati dengan sebaik-baiknyer...
BalasPadam