CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 1 Julai 2011

Justin Timberlake Beli Laman MySpace

Assalammualaikum semua.....
Semakin kaya lah nampaknya penyanyi yang tidak asing lagi dipersada antarabangsa iaitu Justin Timberlake.
Justin Timberlake Beli Laman MySpace
JUSTIN TIMBERLAKE
Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch.

Laman Web MySpace
Sebagai persediaan untuk menerajui MySpace, Justin Timberlake membina sebuah ibu pejabat di sini selain mengambil enam orang pekerja.
“Semasa kami menemui Justin Timberlake dan ketika kami berbincang mengenai strategi kami, satu persetujuan telah dicapai dengannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook.
“Salah satu daripada keghairahannya ialah dia seronok membantu artis lain dan mencipta satu komuniti untuk orang ramai menyuarakan perasaan mereka,” jelasnya.
MySpace pernah digelar sebagai raja laman jaringan sosial tetapi kewujudannya ditenggelamkan oleh Facebook dan Twitter sekali gus membawa kepada kemerosotan pengguna.
Facebook kini dilaporkan bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) manakala ketua pegawai eksekutifnya, Mark Zuckerberg, 27, dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.5 bilion)
Justin Timberlake juga berlakon dalam filem The Social Network yang mengisahkan kehidupan Mark Zuckerberg di Universiti Harvard.
Dalam filem itu, Justin Timberlake memegang watak sebagai presiden pertama Facebook, Sean Parker yang juga pengasas laman stor muzik dan penjual syarikat.
p/s Penyanyi pun pandai dalam mencari pendapatan sampingan.
Justin Timberlake Beli Laman MySpace - sumber KOSMO

3 ulasan:

  1. makin glamer la myspace nanti...hehe. lagipun rasanya utk promote band baru dan sebagainya mmg salah satu kekuatan myspace. Mgkn dia beli saham kat myspace dan dalam amsa sama cari bakat baru utk dijadikan artis dibawah naungannya.

    BalasPadam
  2. Justin Timberlake nie mesti dapat Ilham setelah berlakon dalam The Social Network.

    BalasPadam
  3. Pelaburan masa depan.

    Duit banyak boleh invest macam-macam.

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!