CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 11 Jun 2011

Projek RM850 juta di Nusajaya

Assalammualaikum semua para bloggers............


Nusajaya sekarang tengah rancak membangun disebabkan pusat pemerintahan kerajaan Johor yang baru telah mula beroperasi.


 
SYED Mohamed (kiri) bertukar dokumen dengan Wan Abdullah sambil disaksikan Dr  Ahmad Tajuddin (dua dari kiri) dan Izzaddin di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Rosela Ismail
SYED Mohamed (kiri) bertukar dokumen dengan Wan Abdullah sambil disaksikan Dr Ahmad Tajuddin (dua dari kiri) dan Izzaddin di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Rosela Ismail






Syarikat yang banyak membangunkan kawasan Nusajaya adalah syarikat UEM Land Holding Bhd.

UEM Land Holdings Bhd dan Iskandar Investment Bhd (IIB) akan membangunkan projek pembangunan bercampur kompleks beli-belah dan kediaman bernilai RM850 juta dikenali sebagai Retail Mall and Residences @ Medini North di Nusajaya, Iskandar Malaysia Johor. 

Menerusi kerjasama itu, UEM Land dan IIB, menerusi anak syarikatnya Iskandar Harta Holdings Sdn Bhd masing-masing memegang 55 dan 45 peratus kepentingan dalam Nusajaya Lifestyle Sdn Bhd, syarikat yang akan membangun dan menguruskan projek itu.

Projek yang membabitkan empat fasa pembangunan itu dijangka siap sepenuhnya pada 2020 itu dan ia bakal menjadi satu lagi daya tarikan baru di Nusajaya susulan kedudukannya yang hampir dengan Legoland Malaysia.

UEM Land, kumpulan hartanah terbesar di Malaysia dari segi permodalan pasaran adalah pemaju utama Nusajaya, pembangunan bandar bersepadu terbesar di rantau Asia Tenggara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!