Assalammualaikum....
Berita hari ini mengesahkan penangkapan ketua penggodam dunia yang telah banyak menceroboh rangkaian komputer dunia, seperti Web Bank, Web Kerajaan dan sebagainya.
MANGSA terkini kumpulan Lulz Security ialah
laman web Agensi Jenayah Organisasi Serius
yang digodam kelmarin.
Di Britain polis menangkap seorang remaja di sini, England kerana disyaki menjadi ketua kumpulan penggodam antarabangsa, Lulz Security, yang bertanggungjawab melakukan serangan siber terhadap Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS) dan Scotland Yard.
Remaja tempatan berusia 19 tahun itu ditangkap dalam satu operasi bersama melibatkan polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) juga dari AS.
Suspek kini disoal siasat di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.
"Tangkapan ini susulan siasatan terhadap pencerobohan rangkaian komputer sebilangan organisasi perniagaan dan agensi perisikan oleh kumpulan penggodam sama (Lulz Security)," kata seorang jurucakap Scotland Yard.
Lulz Security mendakwa bertanggungjawab menceroboh sistem komputer beberapa organisasi utama termasuk Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Senat Amerika Syarikat (AS) dan CIA selain firma permainan video Nintendo dan Sony.
Dalam satu mesej di Internet pada Ahad lalu, kumpulan itu mengisytiharkan perang serta-merta dan berterusan terhadap kerajaan dan syarikat keselamatan komputer di serata dunia.
Lulz Security menggesa pengikutnya supaya menceroboh dan merosakkan laman web kerajaan dengan keutamaan untuk mencuri dan mendedahkan maklumat sulit kerajaan termasuk e-mel dan dokumen.
Sasaran utama kumpulan itu adalah bank dan organisasi utama yang lain.
Laman web Agensi Jenayah Organisasi Serius merupakan sasaran terkini kumpulan pengodam tersebut kelmarin.
p/s Penggodam sekarang ini semakin hebat kerana berjaya mencerobohi sistem rangkaian komputer di serata dunia.
Agak2 kat Malaysia depa boleh track dak?
BalasPadamakulah PL..negara US sendiri punya sistem lagi canggih mereka boleh tembus, inikan pula Malaysia. Bayangkan..????
BalasPadam