CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 29 Jun 2011

Hati-hati Dengan Penyamun Alam Siber

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua..........................
Penjenayah Siber

Nampaknya dengan kemajuan teknologi jalur lebar yang berkembang pesat telah memberi impak yang besar kepada manusia dalam melakukan sesuatu perkara, tidak kira sama ada perkara yang baik dan buruk. 

Salah satunya perkara yang buruk adalah seperti penipu dan perompak di internet dan kita semua kenalah lebih berhati-hati dalam melayari sistem jalur lebar ini, jangan sampai ianya merosakan diri kita semua.

Mari kita semua renung dan hayati cerita di bawah ini.


Penipu dan perompak alam siber tidak akan terlepas daripada hukuman

Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.

Penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.


Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki.


p/s Mereka yang melakukan kesalahan di alam siber ini, tidak akan terlepas daripada hukuman kerana pihak berkuasa mampu mengesan mereka-mereka yang terlibat. Jadi kepada pengguna di luar sana, kenalah lebih berwaspada sentiasa.

2 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!