CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 14 Jun 2011

Gempa Bumi 5.9 Magnitud Gegar sumatera Utara : Sekitar Selangor, Selatan Perak dan Melaka Turut Bergegar


Gempa bumi di Sumatera Utara, turut di rasai gagaran di sekitar Selangor, Selatan Perak dan Melaka.


Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.
Ekoran kejadian gempa bumi itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran.
Kejadian gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi.
Penolong Pengarah Bahagian Bomba Jabatan Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihak bomba mendapat panggilan daripada orang ramai menghuni beberapa bangunan tinggi, yang melaporkan merasai gegaran.
p/s semoga gempa bumi ini tidak meregut nyawa manusia tak kira di mana sahaja ianya berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!