CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 5 Disember 2014

Yamaha ASEAN Cup Race (YACR) 2014


























Pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) yakin mampu meraih kejua­raan pada perlumbaan Yamaha ASEAN Cup Race (YACR) 2014 di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia yang berlangsung esok dan 7 Disember ini.

Bersandarkan kepada pengalaman dimiliki barisan pelumba mereka yang bakal bertanding dalam tiga kategori utama iaitu ST R25 (250cc), ST R15 (150cc) dan MT Z1 (130cc).
berpengalaman, Ahmad Afif Amran yang sebelum ini pernah meraih gelaran juara keseluruhan CP115 Malaysia Cub Prix (MCP) 2013 dan naib juara Super-Sports B Malaysia Super Series 2014, Muhammad Taufiq Roslan.
Juara keseluruhan kelas CP115 MCP 2014, Tengku Amirul Haffiruddin pula akan menggalas cabaran perlumbaan kategori ST R15. Pemenang tempat ketiga keseluruhan kategori CP115 MCP 2014, Tengku Amirul Haffiruddin pula berentap bagi kelas MT Z1.
“HLYM mempunyai banyak rekod kemenangan sepanjang penglibatan dalam perlumbaan motosikal dan kami akan meneruskan momentum kecemerlangan itu dengan mencipta kejayaan di YACR.
“Setiap kelas perlumbaan di YACR akan diwakili empat pelumba yang diketuai seorang pelumba berpengalaman. Ketua pasukan akan bertindak menyusun strategi perlumbaan dan taktikal kemenangan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Litar Antarabangsa Sentul semalam.
Selain penyertaan Malaysia, YACR yang dianjurkan sejak 2003 turut menjadi medan utama menghimpunkan semua pelumba terbaik Yamaha dari India, Myanmar, Thailand, Fi­lipina, Indonesia dan Jepun.
Para pelumba akan menggunakan jentera Yamaha yang disediakan tuan rumah manakala barisan mekanik pula dibawa sendiri oleh pasukan negara­negara terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!