Seorang guru telah ditangkap atas kesalahan menghina anggota keselamatan di Lahad Datu.
Negara telah kehilangan 10 angota keselamatan di Lahad Ladu semasa op daulat
Meskipun tempoh 24 jam berakhir tanpa sebarang pertempuran, Op Daulat yang memasuki hari ke-10, berlarutan dengan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dekat sini, terus diperhebat.
Selain dua kawasan itu, operasi membersih dan menjejak militan yang kini bergerak dalam kumpulan kecil terus diperkukuh, termasuk mempertingkat sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.



