CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 7 Februari 2013

Keputusan Perlawanan Malaysia VS Qatar


MALAYSIA menampilkan persembahan hambar pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 apabila kalah 2-0 kepada Qatar pada perlawanan pertama Kumpulan D di Stadium Al-Sadd, Doha, Qatar, semalam.

Skuad Harimau Malaya, yang membuka kempen tanpa kelibat beberapa pemain utama termasuk penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali, nyata gagal menandingi setiap gerakan pantas pasukan lawan yang menerima jolokan 'The Maroon'.

Menjelang aksi kedua kumpulan D skuad Harimau Malaya memanggil semula kapten pasukan Johor Darul Takzim FC, Safiq Rahim bagi memperkuatkan jentera tengah skuad Harimau Malaya.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan kumpulan D, Bahrain mengalahkan Yaman 2-0 di Stadium Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dua gol pasukan bimbingan Gabriel Metralla itu dijaringkan oleh pemain pertahanan, Faouzi Aaish pada minit ke-49 dan penyerang, Saad Al Amer pada minit ke-85.

Mereka akan melayan pasukan Qatar pada perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Nasional Bahrain di Manama pada 22 Mac ini.

Barisan Pemain:

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (kapten), K.Reuben, Mohd Shakir Shaari, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Abdul Hadi Yahya), Azammuddin Mohd Akil, Mohamad Ashari Samsudin (Norfarhan Muhammad), Mohd Amri Yahyah.

QATAR: Qasem Burhan, Abdelkarim Hassan (Mohamed El Sayed), Ibrahim Majed, Ibrahim Al Ghanim (kapten), Khalfan Ibrahim, Talal Al Bloushi, Abdulaziz Al Sulaiti, Khaled Muftah, Hamid Ismaeil, Hasan Al Haydos (Yusef Ahmed), Sebastian
Suria (Magid Mohamed).
   
Pengadil: Faghani Alireza (Iran)   


Berikut keputusan perlawanan Kumpulan D:
   
Qatar     2      MALAYSIA     0
   
Bahrain   2      Yaman        0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!