CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 9 November 2011

Honda Stream RSZ | MPV sporty Yang Menarik

Pelbagai jenama MPV boleh didapati termasuk buatan tempatan atau yang diimport dan ia bergantung pada bajet seseorang itu.



Mereka yang mahukan gaya dengan MPV tampak sporty, Honda Stream RSZ adalah ciri-ciri yang sesuai dengan kemahuan itu.

Ini kerana, Honda Stream RSZ ‘dilahirkan’ dengan bentuk yang menarik dan lebih rendah untuk tampak sporty serta dinamik di jalan raya.

Padanan rim bersaiz 17 inci, selain itu ketinggiannya direndahkan sehingga 45 milimeter berbanding model Stream terdahulu membuatkan ia ia lebih mantap.

Ciri luaran Stream RSZ dipadankan dengan set aerokit lengkap dan dilengkapi lampu hadapan HID dalam perumah hitam serta gril hadapan krom berwajah baru menaikkan lagi rupa kosmetik jentera tujuh tempat duduk itu.

Menerjah ruang dalamannya, latar hitam memperlihatkan ia direka untuk gaya sebuah MPV sporty. 

Papan pemuka kemas dan disatukan dengan tombol gear menjadikan ruang antara pemandu dan penumpang hadapan lebih lapang.

Susunan butang kawalan audio dan penyaman udara memudahkan pemandu mencapai butang dikehendaki.

Ia ditingkatkan dengan tombol gear dan roda stereng kulit bersama alat kawalan audio serta pedal aloi bergaya.

Kerusi yang dibaluti bahan kain warna hitam adalah kombinasi terbaik kerana mampu mengurangkan menampakkan kekotoran akibat tumpahan makanan atau minuman.

Selain itu, kerusi barisan hadapan juga dilengkapi dengan ‘amrest’ bagi memberi kelegaan jika memandu jauh. 

Tempat duduk barisan ketiga pula tidaklah terlalu sempit.

Kenderaan ini juga boleh mengangkut banyak muatan atau boleh mengisi barangan yang panjang selepas melipatkan kerusi barisan kedua dan ketiga.

Prestasinya tidak mengecewakan penulis kerana ia dijana enjin 1.8 SOHC i-VTEC dengan transmisi lima kelajuan automatik menawarkan kuasa yang mencukupi bagi saiznya.

Selain itu, ia ditambahkan dengan sistem pintar i-VTEC untuk mengawal output kuasa lebih seimbang manakala penggunaan bahan api dijimatkan.

Jika kuasa yang dibekalkan tidak mencukupi, penukar gear di bahagian belakang stereng boleh dilakukan secara manual untuk memberi daya pecutan untuk mendaki atau memotong kenderaan lain.

Walaupun model ini lebih panjang daripada sedan, kedudukan badannya yang rendah dengan tayar lebar membantu mengekalkan kestabilan. 

Bantuan sistem suspensi topang MacPherson di hadapan dan Reactive Link Double Wishbone pada bahagian belakang membolehkan Stream RSZ meratah selekoh dengan lebih yakin.

Stream RSZ didatangkan dengan empat warna bergaya iaitu Putih Mutiara Premium, Mutiara Hitam Kristal, Logam Metalik Berkilat dan Mutiara Merah dijual pada RM158,980. 


SPEKSIFIKASI

HONDA STREAM RSZ 

ENJIN
1.8 liter, 4 silinder, SOHC, i-VTEC 

KUASA MAKSIMUM
140 PS pada 6,300rpm 

TORK MAKSIMUM
174Nm pada 4,300rpm 

TRANSMISI
lima kelajuan automatik 

CIRI-CIRI KESELAMATAN
Dua beg udara, ABS, EBD, Sensor Ultrasonic.

9 ulasan:

  1. waa...aku mmg nk angkut mpv nie bulan depan...huhu..TQ coz u post about the detailed spec this car...

    BalasPadam
  2. supernova.....angkut jangan tak angkut....

    BalasPadam
  3. MPV kecik yg sporty. specs menarik n save minyak rasenye.

    BalasPadam
  4. Apakah kelebihan n kekurangan moel rsz 1.8 & 2.0

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku ialah pengguna stream 2.0 second model.Beza dengan RSZ 2.o ialah enjen DOHC dan SOHC,,.Aku cadang jika alang2 nak beli,biar sambar 2.0..

      Padam
  5. memang terbaik lah...rumbia saya pun sokong

    BalasPadam
  6. spare tayar ada tak untuk model ini?

    BalasPadam
  7. Minyak save x

    BalasPadam
  8. Pngunaan petrol antara HONDA RSZ 1.8 dgn TOYOTA WISH 1.8... Mana lebih jimat...

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!