CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 9 November 2011

Bekas Juara Tinju Dunia, Joe Frazier Meninggal Dunia


Joe Frazier, seorang peninju heavyweight yang berasal dari Philadelphia yang menghabiskan sepanjang karier beliau bermusuhan dengan Muhammad Ali, meninggal dunia pada Isnin lalu akibat kanser. Beliau berumur 67.
Kematian Frazier diumumkan oleh oleh keluarga beliau dalam satu kenyataan.
Beliau mula mendapat kanser pada penhujung bulan September, menurut pengurus peribadi Frazier, Leslie Wolff.
Ramai yang seringkali mengaitkan nama antara Frazier dan Ali bagi masa lebih daripada 40 tahun, hinggakan nama mereka menjadi sinonim antara satu sama lain. “Ali dan Frazier, Frazier dan Ali. Kita bagaikan tidak boleh memisahkan nama mereka,” kata seorang pengkaji sejarah tinju, Bert Randolph Sugar.
Antara perlawanan bersejarah yang tidak boleh dilupakan adalah perlawanan yang dikenali sebagai “Thrilla in Manila” pada 1 Oktober 1975 dimana kedua-dua Ali dan Frazier berjuang bermati-matian hinggakan Ali menyamakan perlawanan tersebut adalah hampir sama seperti perjuangan maut.
Frazier hanya berlawan sebanyak dua kali setelah malam tersebut dan bersara dengan rekod 32-4-1. Tetapi, empat kekalahan yang dihadapi beliau hanya datang dari dua individu iaitu Ali dan George Foreman, satu-satunya individu yang berjaya memberikan Frazier penangan ‘knockout’ sepanjang karier beliau.
Frazier bersara setelah kalah buat kali kedua kepada Foreman pada 1976, tetapi kembali beraksi pada tahun 1981, dan berakhir dengan perlawanan seri dengan Floyd “Jumbo” Cummings di Chicago. Beliau kemudiannya bersara hingga kini.
Frazier telah berjaya melayakkan diri beliau ke pasukan tinju Olimpik pada tahun 1964 di mana beliau telah memenangi pingat emas dalam kategori heavyweight di Tokyo.

1 ulasan:

  1. May you RIP...

    Just for your info, If you own a blog and want to get the Treasures (Samsung Galaxy Ace dan RM 1,000) from Streetdirectory, please make sure you won’t miss this opportunity

    It's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
    Thank you very much for your attention

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!